Tugasan sampingan...Sambal Ikan Bilis Hitam feveret sepanjang zaman!

2,3 hari ni agak busy nampak gayanya.. Ada tugasan lain yang sedang menanti selain daripada tugasan rasmi sebagai mem besar dalam rumah.. Catatan di blog pon terpaksa mengambil 'cuti' untuk memberi sepenuh tumpuan kepada tugasan baru membuat proposal untuk projek En.Hubby ku itu...mudah-mudahan ada rezeki Allah berikan kpd kami sekeluarga.

Oh yer..smlm balik rumah mertua, bestnyer dapat mkn durian, pulut dan yang best ada sambal ikan bilis hitam Pahang... hurmmm...lagi la berselera kalau makan dengan nasi panas-panas... Bukan senang nak buat, orang muda zaman sekarang mmg tak tau sambal hitam ni... ramuan penting yg kena ada dlm sambal hitam ni mestilah buluh belimbing.. susah nak dpt buluh belimbing kecik-kecik tu.. dulu kat kampung, arwah nenek ada tanam, tapi semenjak arwah nenek meninggal dunia pokok tu pun mcm nak tak nak jer lagi berbuah.. rasanya dah mati kot pokok tepi rumah arwah nenek tu..

Ni lah rupa paras sambal ikan bilis hitam pahang atau org panggil sambal hitam je.. sedap!

Resepi nak buat sambal ni ada dalam blog mak mertua.. www.tokmaadam.blogspot.com hehehhee.. ku copy paste saje, senang...

Sambal Ikan Bilis Hitam

Bahan-bahan:

10 biji cili padi(terpulang kpd individu)
1 piring kecil ikan bilis
5 biji belimbing buluh yang direbus sampai hitam
1 biji bawang dipotong
sedikit minyak masak
sedikit garam


Cara-cara :

1. Tumbuk cili n garam, keluarkan isi dalam bekas
2. Tumbuk belimbing hingga hancur masukan dalam bekas yang sama
3. Tumbuk ikan bilis separuh hancur masukan dalam bekas yang sama
4. Bawang hiris sahaja..
5. Gaulkan semua bahan tumbuk
6. Panaskan minyak
7. Tumis bawang yg dihiris tadi dan masukkan semua bahan yg digaul tadi....
8. Goreng dengan api perlahan sehingga garing
siap untuk dihidangkan


Ulasan

Catatan Popular