Hari ketiga nak mengarang blog...kalau ada mood!

Alhamdulillah, baru setel makan tengah hari dan uruskan anak-anak. Yang kecik baru tidur, yang sulung sedang sibuk main game di Ipad. Ok, tak nak cerita panjang sangat, so today masakan tengah hari tadi masak nasi lemak, cuma kali ni tak snap pic masakan sebab tak berapa nak menjadi.. Haahahahahaa.. bukan apa,sebab nak cepat takut anak-anak terjaga memang susahlah nak jadi chef lama-lama di dapur.. tapi takper, nnt akan di upload pic yang pernah diambil sebelum ni...lebih kurang jer.. :)

So,nanti akan diberi juga resepi untuk nasi lemak berserta lauk yang dimakan bersama suami & anak sulung yang sangatlah kecoh mulutnya...



Dulu tak berapa nak suka sangat makan nasi lemak, tapi semenjak kahwin lps tu mertua suka masak nasi lemak jadi yang tak berapa nak suka tu lah menjadi kesukaan sekarang ni.. sebab apa??? Sebab suami suka makan, then kalau boleh dia hendak wife dia yang kecik molek ni belajar memasak dari ibu dia sendiri...heheheee...


Ok, apa yang telah dipelajari setakat ni untuk membuat nasi lemak yg sedap  beras yang hendak dimasak  tu mestilah dicampurkan sedikit dengan santan yang telah di masak terlebih dahulu..(maksudnya, santan tu mesti pecah minyak). Lepas tu campurkan dengan sedikit air (ikut sukatan jika santan lebih, air kurang dan sebaliknya). Jgn lupa tumbuk/titik sedikit halia dan campurkan sedikit garam pada beras dan yg terakhir untuk membuat nasi lemak tu mcm berminyak sedikit dan tidak terlalu melekat,boleh la letakkan sesudu minyak masak...kalau ada daun pandan lagi bagus! Simpulkan sehelai daun pandan dan masukkan kedalam periuk nasi ketika hendak menanak nasi lemak,baunya cukup harum!! :)


Untuk resepi sambal udang/sotong.. (saya lebih suka campurkan keduanya..)


Bahan untuk menumis sambal :


* Bawang merah kecil (ikut suka berapa nak letak)
* Bawang putih
* Sedikit halia 
* Sedikit belacan


- Tumbuk semua bahan bertanda *


Udang/sotong (terpulang berapa ekor nak letak..heeee...)
Cili kisar/boh
Bawang besar (dimayang bulat)
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Garam/Gula (Ikut rasa anak tekak)
Tomato (dibelah 4 - optional)
Sedikit air (kalau tak nak sambal terlalu pekat)


Cara masak :


  • Tumiskan bahan tumbuk (*), agak2 dah naik bau masukkan cili kisar biarkan sehingga pecah minyak.. Lepas tu boleh campurkan sedikit sos tiram, sos tomato dan sos cili.. Letakkan bawang yang dah dimayang berserta tomato (ikut suka nak letak tomato ke tak, boleh juga gantikan dengan asam keping atau air perahan asam jawa...saya letak sebab nak sambal ada rasa masam tomato sket..). Campurkan sedit air kalau sambal terlalu pekat, suaikan rasa dengan taburkan sedit garam/gula..nak letak perisa tambahan pon boleh..serbuk pati ayam ke, secukup rasa maggie ke ajinomoto ke..pilihan ditangan anda!
  • Last sekali,baru masukkan udang/sotong... masak lah sehingga anda rasa udang dgn sotong tu da masak yer... rasa sket sebelum di angkat..mana tau tawar lagi ke, termasin sket ke kan... kalau ok...boleh la di hidang bersama dgn telur rebus/telur mata, kacang tanah goreng dan juga ikan bilis.... sedap dimakan ketika perut tgh lapar... heheee... :)








Ulasan

  1. wah!! best2...aku suke blog ko beb.... teruskan memblogkan diri anda ye hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. nas...aku baru je nak belajar kan...hehehheee...mekaseh bg sokongan moral! kalau menjadi ok la tu... kalau tak menjadi...wat pekasam lagi la nampaknya blog aku ni.. sebelum ni aku ada wat jugak, tapi lps tu lupa password la bagai, x tau nak deco2 blog aku..tup tup..eh...terbuat baru la plak.. :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular