Lambat makan..! .:ayam masak kicap:.

Today, terlewat lagi bangun...nak kata mlm smlm tgk bola tak jugak.. tapi melayan Alyaa yang tak reti tido awal dari kecik... sabor jer la...

Ok,menu tengah hari tadi masak ayam masak kicap (terlebih minyak dari kuah), sayur tumis sawi dgn telur dadar.. Alhamdulillah kenyang walaupun lewat makan sebab uruskan hal anak-anak bertuah ni dulu.. Bila dua-dua dah tido, barulah nyaman sikit nak bertapa dpn macbook update blog, bukak mukabuku (fb), duduk dpn tv tapi tak tengok pon..agak-agak boring ngadap skrin lappy ni toleh la jap kat tv plak..heheeee....

Tengok pon dah tau kan, minyak lebih sikit.. Sebabnya yg tukang masak ni (merujuk pada diri sendiri, malas nak mengasing minyak ketika menggoreng ayam..hahahahha). Tapi tadi walaupun rupa lauk ni tak menawan, en.suami kata yummeh! Alhamdulillah..Alyaa pon suka mkn, dah kenyang sampai tertido plak...


Nak menunggu si kecik bangun sekejap lagi, nak mandikan dia plak.. tapi sebelum tu nak jugak menyidai kain yang dah berbasuh dlm washing machine tu.. aduiii.. part nak menyidai nak melipat ni, kadang-kadang rasa menyiksa jiwa raga betul.. Hahahhaa.. tapi kalau tak buat semua tu kang, siapa plak nak tolong?? Takkan nak suruh semut itam, cicak ke buat keje umah plak kan...? Aduyaiiii punnnn... 

So... tadi lps habis masak ayam kicap tu, sempat lah lagi buat lauk sampingan.. Tumis sawi dgn telur dadar untuk hidangan.. maknanya seimbang la jugak sebab ayam tu kompem2 dah berminyak..berenang2 ayam tu dlm kuah minyak yang terlebih kan... Bedal saja la, janji perut terisi.. menyusukan 2 org anak, perut mesti selalu kenyang... Mudah-mudahan Hazim dapat full breast feed ngan mummy mcm kak Alyaa.. Dah 3 tahun pun nak jugak berebut susu mummy.. hehehehee..

Ini lah lauk pauk utk hari ni...kalau boleh biarlah sampai malam kang.. malas nak masak byk kali....heheeee...

Ok lah, nak jugak letak resepi masakan ayam masak kicap ni kat sini.. walaupun bukan lah hebat mana masakanku ini.. dgn minyak terlebih la apa kan..pandai-pandai la next kalau masak lauk yg sama balance kan lah minyak tu ngan kuah kicap..hahahahha.. malu i nokss (^.~)

Bahan-bahan masakan :

Setengah ekor ayam di potong ikut suka (kalau ramai yg makan,buat lah seekor ayam)
Kentang dibelah ikut saiz yg disukai
Tomato (di potong 4)
Halia (seinci je, pastu titik sikit, nak hiris halus pon boleh..ikut suka)
Bawang besar (di potong bulat)
Bawang putih (di potong halus)
Kayu manis
Buah pelaga
Cili kisar (optional, nak pedas letak la)
Cili merah
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Kicap manis
Minyak masak
Air
Garam
Perisa

* Ayam kalau boleh perap sikit ngan garam + kunyit yer..kalau rajin lagi boleh gorengkan ayam terlebih dulu separuh masak.. saya tak buat pun mcm tu..masak sekali terus, tapi minyak lebih kan sikit..

Cara-cara memasak (ikut style saya plak):

* Gorengkan ayam yang dah dipotong kecil tu dulu separuh masak, lps tu masukkan kentang yang dipotong-potong tu. Biarkan seketika supaya kentang lembut sikit, agak-agak dah masak leh la tumis bahan lain sekali, kalau rajin asingkan sikit minyak tu supaya tak terlebih minyak nak buat ayam kicap ni..
* Masukkan bawang merah, bawang putih,halia, kayu manis, buah pelaga..(nak pedas boleh la masukkan cili merah potong atau cili kisar sikit, ikut suka kak jemah). Tumis sampai la naik bau.
* Bau da naik, masukkan sikit sos tiram, sos cili, sos tomato.. kacau bagi sebati dalam kuali.. kalau mcm pekat sangat tuangkan sedikit air sebelum masukkan kicap manis.. sukatan ikut suka banyak mana nak letak yer..
* Dah sebati semua bahan-bahan tu, masukkan pula tomato.. takde tomato boleh masukkan asam keping sikit... sos tomato tu pun da bantu bagi rasa masam sket kat masakan ni..
* Suaikan rasa, campur garam sikit dengan perisa serbuk pati ayam ke ajinomoto ke.. ikut suka uolls la... Dah siap, sila hidang atas meja :)



Ulasan

Catatan Popular