TAHUN 2020 DALAM SEJARAH


Alhamdulillah..

Hari ni setel hari ketiga utk posa 6 syawal aku.. Ya Allah gigih aku cari mood nak puasa 6.

Tahun lepas aku lengah2 langsung dapat 4 hari je, frust weyyy... lagi 2 hari nak abes puasa 6 syawal tu tapi sebab aku ni 'rajin skip' hari yg patut aku puasa tapi aku tak istiqamah, Allah bagi aku 4 hari je la..selebihnya hari 'cuti2' pempuan.. wakakakakak 😂 sedey aku!

Emmm.. sebenarnya tahun 2020 ni pon SEJARAH DALAM MALAYSIA tau tak.. aku nak letak moment ni dalam blog suam2 aku ni haa.. bior lain kali anak2 aku boleh baca balik. Jap amek mood mak2 sat.. aku bayangkan aku tengah duduk depan anak cucu aku nak cerita balik pasal tahun 2020 yg penuh debaran seluruh rakyat Malaysia khususnya. 

Bismillahirahmanirahim..😊

Anak-anak, ni mummy nak bagitau korang..kita sekarang ni boleh di katakan berada dalam tahun millenium tau..sebabnya dunia kita sekarang dah terlalu maju dengan teknologi2 canggih walaupun masih ada negara2 yg x maju2 lagi bab perdamaian.. eh betul ke mak ko sebut ni?? perdamaian 😌😌 ahhh..lantak situ, mak ko nak sambung citer ni..

Entah la ek, kalau ikutkan dulu PM TUN M ada ckp sepatutnya tahun 2020 dah ade kereta yg boleh terbang.. dia bayangkan tahun 2020 ni mcm kita semua ni duduk dalam tahun kegemilangan, rakyat Malaysia da betul2 maju dengan mcm2 teknologi yg tak tercapai dek akal.. Lepas adanya KLCC, KLIA, Litar F1 Sepang semua tu Malaysia ni bakal ada kilang yg boleh buat kereta bukan setakat ada kat jalan raya je, malah terawangan di udara.. Ahhhh gittewww!!

ni contoh mak ko bayangkan dedulu.. hahahahahaha.. tengah syok2 mak ko konon nak g haji, tengok2 kat sebelah kapal terbang tetiba ada keta nak potong kapal terbang yg tgh terbang..korang bayangkan laaa..tetanjat mummy masa tu agaknya, buat penat bayor tiket kapal terbang je..start keta dari umah patutnya leh jer kan pegi mana2 ikut laluan udara..😌😅





Rupa-rupanya Allah tu Maha Mengetahui, kita ni cuma mampu berangan je sebenornya.. yg menjadikan sesuatu tu jadi REAL semuanya atas izin DIA. Manusia merancang tapi Allah punya perancangan lagi Maha Hebat tau, korang jangan lupa tu.. 

Ok kita lupakan je la bab keta terbang tu, penat mummy dulu bergelak sakan. Dari akhir tahun 2019 lg dah tercari2 ade ke kereta terbang di jual kat show room Malaysia..sebab mak ko tak menyabor nak suruh abah belikan 1 utk mummy, senang nak bawak korang pegi obersea naik kereta..al maklumlah anak2 mummy semua IC je Malaysia, tapi tido malam idoknya pernah betul.. Siang jadi malam, malam jadi siang.. mak ko da hadap waktu terbalik korang selama 11 tahun wey... sedey!

Yg paling korang kena ingat pasal tahun 2020 ni sebenarnya adalah kuasa Allah swt yg telah menguji iman kita semua. Kehadiran wabak COVID 19 kat seluruh dunia, Malaysia pon tempias juga dgn wabak penyakit ni. Allah hantar virus ni untuk menyedarkan kita semua, pergantungan kita kepada DIA selama ni dah banyak ke laut. Kita lupa kita masih hambaNYA yg selemah-lemah hamba.  


Ulasan

Catatan Popular