Minggu pertama persekolahan 15/7/2020 selepas PKP


Selamat berhujung minggu!!


Bila anak2 dah start sekolah, tiap hari aku macam blur2 tak tau nak masak apa. Minggu pertama norma baru alam persekolahan, byk persediaan kena buat. Anak2 wajib bawak bekal sendiri dari beli makanan kat kantin sekolah. SOP di sekolah tak menggalakkan pelajar berada di kantin kerana mengelakkan berkumpulnya pelajar2 ni semasa sesi rehat.  Maklumlah budak kan, pantang jumpa kawan2 mesti la duduk dekat2, bersentuhan, bertukar menu la ape... ni semua perkara2 yg perlu di elakkan demi menjaga kebersihan dan kesihatan setiap pelajar sekolah. 

Garis panduan juga telah di keluarkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi kita mak2 ni kenalah ingatkan anak2 apa yang boleh buat, dan apa yang tak boleh buat bila berada di sekolah. Setiap pagi suhu badan setiap murid juga akan di ambil. Oh..anak aku kat sekolah pon ade disediakan tag QR CODE. Wajib bawak setiap hari ke sekolah tak boleh suka2 dihilangkan..heheheh.. memang betul2 sesuatu yg baru bagi anak2 aku. Makan pon di dalam kelas, bukan tu je setiap hari kena bawa kain lap tangan kecil, hand sanitiser, pelitup muka (mask) extra, tisu kering dan wet tissue.. haaaa..banyak tak? Moga anak2 kita semua redhooooo termasuk lah mak budaak pon..Wakakakkakak..


Garis panduan SOP utk warga sekolah menengah dan rendah di dalam kelas masing-masing.



Day 1 anak aku punya persediaan bekal ke sekolah. Sebab dapat mak yg terlebih 'rajin' maka anak aku cuma bawak nugget je..hahahah.. sebab aku order jugak makanan dari guru kelas anak aku.. sungguh hebak mak ko ni nak!! 😌



Ulasan

Catatan Popular